Ada ke sesiapa kat sini yang selalu jadi emcee? Agak-agak berapa lama masa yang diperlukan untuk menyiapkan teks emcee? Ada yang buat sampai seminggu ke? Haha. Gurau je. Tak mengapa, setiap orang ada proses belajar masing-masing. Tapi takkanlah sampai bila-bila nak mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan teks emcee? Jadi, nak ke nak belajar cara ringkas buat teks emcee? Kalau nak, anggukkan kepala sambil senyum. Hehe.

  1. Ketahui jenis, aliran, VVIP dan insan-insan penting dalam majlis

Sekiranya telah dilantik menjadi emcee, the 1st step ialah anda perlu bertanya kepada penganjur majlis untuk mengetahui kriteria majlis. Adakah majlisnya formal atau informal, bagaimanakah susunan atau tentatif majlis, dan siapakah insan-insan penting atau lebih dikenali sebagai very important person (VIP) dalam majlis tersebut.

Di samping itu, anda juga perlu bertanya tentang berapa ramaikah orang yang akan memberikan ucapan, siapakah yang akan merasmikan majlis, siapakah yang akan menyampaikan hadiah, pihak manakah yang akan membuat persembahan, dan sebagainya. Bila dah dapatkan senarai ini, barulah anda dapat mengisi tempat kosong bagi setiap segmen dalam majlis.

Antara cara saya ialah, apabila diminta untuk menjadi emcee, saya akan tanyakan soalan-soalan yang sebenarnya menampakkan kita profesional dan soalan-soalan ini akan memudahkan dan membantu saya menyiapkan teks emcee.

  1. Minta kebenaran untuk mendapatkan kertas kerja

Kertas kerja ataupun paperwork ini mengandungi pelbagai maklumat yang diperlukan bagi sesebuah majlis. Melalui penelitian kertas kerja, anda akan dapat extract info yang diinginkan untuk dimasukkan ke dalam teks emcee anda. Bila dah dapat banyak info, maka makin mudahlah kerja anda untuk melengkapkan ruangan kosong dalam teks emcee.

Oh, ya. Lagi satu. Dalam kertas kerja kan ada senarai person-in-charge juga. Jadi, kalau ada apa-apa hal yang anda kurang faham ataupun kurang jelas, bolehlah anda menghubungi person-in-charge tersebut. Kalau nak jimat kredit, WhatsApp je. Sekarang kan zaman internet. Tapi kalau situasi mendesak, maka anda bolehlah terus menelefon person-in-charge tersebut. Jangan takut dan risau. Tanya je, sebab kalau tak, nanti sesat ke hati saya. Eh, silap. Malu bertanya, sesat jalan. Haha.

BACA JUGA : 8 Tip emcee untuk UPGRADE dari Amatur ke Profesional

  1. Tonton video emcee di YouTube atau media sosial yang lain

Sekarang kan zaman internet di hujung jari. Andainya anda ketandusan idea bagaimanakah ingin menyiapkan teks emcee, rujuk sahaja video-video berkenaan emcee di YouTube. Dari situ, anda akan mendapat banyak manfaat. Bukan sahaja tentang idea nak cakap mengenai apa, tetapi anda juga boleh mempelajari gaya dan lenggok seseorang emcee dalam menyampaikan butir bicaranya.

Anda boleh menonton sambil menulis teks emcee. Mula-mula nak buat, memang agak mencabar. Tapi kita kan pernah belajar dulu, alah bisa tegal biasa. Lama-kelamaan, kita pasti akan mahir. Lebih-lebih lagi sekiranya sering melakukan perkara yang sama. Bak kata pepatah, belakang parang diasah lagikan tajam. Ha, dah macam masuk kelas peribahasa pula. Hehe.

Nak tonton video-video emcee di Youtube, boleh tonton disini, KLIK SINI

Nak buat teks emcee mungkin tidak mudah bagi seseorang. Tapi kalau nak menjadi emcee, pastinya lebih mencabar. Mana tidaknya, kegugupan di atas pentas adalah salah satu ketakutan tertinggi yang dihadapi oleh kebanyakan manusia. Kadang-kadang, kita rasa kita dah buat persiapan secukupnya. Tapi bila keluar suara je, habis menggeletar. Ha, dah tu, macam mana nak buat? Tak mengapa. Tarik nafas, relax. Siapkan dulu teks emcee tu. Nanti kalau teks emcee tak siap, dah kelam-kabut tak tahu nak cakap apa. Haha. Gurau.

 

Bila nak berjaya ni, tak boleh simpan ilmu seorang diri tau. Apa kata anda bantu saya untuk kongsikan artikel ini supaya lebih ramai emcee atau bakal emcee dapat menambah ilmu baru? Macam mana caranya? Alahai, tekan je butang share tu. Kalau nak tambah ulasan sikit sebelum post pun, lagi bagus. Hehe. Jumpa lagi dalam artikel akan datang.

Ikuti kami di

Facebook | Youtube | Instagram 

Join channel Telegram kami untuk lebih info and Tips tentang Emceeing.

telegram channel

Pin It on Pinterest

Share This

Kongsi Artikel Ini

Kongsi artikel ini bersama rakan rakan anda !