Assalamualaikum bakal emcee ‘profesional’ semua.

Semoga sihat selalu ya. Dalam posting kali ini, kami senaraikan ‘8 Tips’ bagaimana anda sebagai seorang emcee boleh UPGRADE dari seorang yang amatur kepada lebih profesional. Kelebihan untuk kelihatan PRO insya Allah akan membuka lebih banyak peluang ‘JOB’ disamping anda akan dilihat berkredibiliti dan bayaran juga bakal meninggi!

Jom ikuti 8 tips ini, semoga anda dapat manfaat ya. Jangan lupa tinggalkan komen jika ada sebarang pertanyaan ok.

  1. Mentor

Dalam smartphone kita, hampir semua ada apps Waze dan Google Maps, bukan? Kita menggunakan apps tersebut untuk mencari arah jalan dan menjimatkan masa. Kalau hari-hari kita gunakan Waze dan Google Maps, sudah tentu kita juga perlukan Waze dan Google Maps dalam kehidupan seharian kita. Siapakah mereka? Mereka adalah mentor yang akan membawa kita ke tempat yang betul dengan pantas. Merekalah yang akan menyuluh dan menunjukkan jalan untuk kita supaya kita tidak sesat.

Oleh itu, dalam bidang pengacaraan majlis pun, anda perlukan MENTOR. Bila anda anda mentor yang terbukti, mentor yang dikenali, orang akan melihat anda PRO dan customer mudah untuk percaya.. ‘..ouh anak didik sipolan sipolan ni..’

  1. Platform

Dapatkan banyak platform dalam pengacaraan majlis sekurang-kurangnya 5000 jam. Katakanlah 1 acara 8 jam, maka kita perlu lengkapkan sekurang-kurangnya 625 acara. Sekiranya 1 acara adalah kurang dari 8 jam, maka lebih banyaklah acara yang perlu dilengkapkan. Lebih banyak acara dan jumlah jam yang dipenuhi, makin bertambahlah kredibiliti kita sebagai seorang pengacara majlis.

 

  1. Portfolio

Rekodkan di dalam portfolio setiap kali anda mengacarakan majlis. Anda boleh membuat senarai mengikut kategori seperti tarikh, nama acara, tempat dan nama VVIP/VIP. Ini memudahkan anda untuk menjejaki rekod perjalanan anda sepanjang menjadi pengacara majlis. Makin gah acara dan jemputan VVIP/VIP, makin tinggilah nilai anda sebagai seorang pengacara majlis.

  1. Testimoni

Setiap kali setelah selesai mengacara sesebuah majlis atau acara, mintalah pendapat atau testimoni daripada pihak pengajur ataupun mereka yang boleh dipercayai. Kita memerlukan kritikan yang membina bagi memastikan kita dapat menggilap lagi bakat kita dengan memperbaiki kesilapan atau cacat cela yang berlaku sepanjang majlis berlangsung. Lebih baik lagi sekiranya anda mendapatkan testimoni dalam bentuk video kerana pada zaman kini, pemasaran video amatlah berimpak tinggi dalam menarik perhatian masyarakat.

Kumpulkan semua testimoni, simpan dan mungkin juga boleh di upload di social media!

BACA JUGA : Emcee selalu silap 3 perkara ini

  1. Domain

Memiliki laman web sendiri terbukti meningkatkan kepercayaan pelanggan / customer terhadap seseorang individu atau sesebuah syarikat tersebut dan website juga akan kelihatan anda seorang yang profesional. Ini kerana ‘laman web’ menunjukkan bahawa diri atau organisasi itu adalah rasmi dan boleh dipercayai kerana kewujudannya tidak diragui. Panjang nama domain anda sebaik-baiknya terdiri daripada 4 suku kata, misalnya rizalrashid.com (ri zal ra shid). Mengapa 4 suku kata? Kerana ia mudah untuk disebut dan diingati.

Domain juga mampu meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang pengacara majlis. Anda juga boleh letakkan testimoni, dan senarai acara yang pernah anda acarakan. Website yang lengkap dengan informasi ini akan menyebabkan anda dilihat PRO dan insya Allah job juga berpotensi untuk bertambah di samping nilai bayaran juga boleh dinaikkan.

  1. YouTube

Ini ialah saranan yang baik buat anda sebagai seorang emcee. Sebagai pengacara majlis Profesional, kita hendaklah mempunyai saluran YouTube sendiri. Di platform ini, kita boleh memuat naik video berkenaan tips pengacaraan majlis dan juga video-video ketika anda mengacarakan sesuatu majlis atau acara. Bagi mereka yang meminati bidang pengacaraan majlis, kebarangkalian mereka akan menonton dan menyukai video anda adalah besar. Justeru, anda akan lebih dikenali dan bakal pelanggan pun akan semakin mempercayai kredibiliti anda. Jika cukup syarat, anda juga boleh ‘monetize’ kan youtube channel anda. Maksud kata, anda pun boleh ‘generate’ income melalui youtube tapi adalah syarat-syarat yang anda perlu ikuti!

  1. Media sosial

Seseorang yang aktif di laman sosial akan kelihatan lebih terbuka dan mudah dipercayai berbanding mereka yang tidak aktif. Meskipun hanya di media sosial, manusia masih memerlukan interaksi antara satu sama lain. Sekiranya anda hanya berdiam diri, maka orang lain pula yang akan mengambil peluang untuk kelihatan menyerlah di media sosial. Namun demikian, berhati-hatilah dalam setiap perkara yang dikongsi atau diperkatakan. Adalah sangat penting untuk menjaga bioskrip anda supaya anda mudah untuk diterima dan customer atau bakal customer anda pun berasa selesa.

  1. Niche

Orang yang berjaya, mereka tidak mengatakan bahawa mereka melakukan semua perkara. Kebiasaannya, mereka adalah pakar dalam bidang yang spesifik. Fikirkan apakah niche anda? Macam mana nak cari niche? Dalam bidang apa yang anda betul-betul pakar? Jawapannya ialah anda perlu mencari guru kerana gurulah yang akan membantu untuk mencungkil bakat terpendam anda. Bila anda menjumpai ‘niche’ anda, insya Allah, anda akan dilihat profesional dalam satu-satu bidang dan bayaran anda juga boleh naik. yang paling penting ‘niche’ dan konsisten

 

semoga bermanfaat ya.

Ikuti kami di Facebook dan Youtube VIP Emcee Academ

Pin It on Pinterest

Share This

Kongsi Artikel Ini

Kongsi artikel ini bersama rakan rakan anda !