Nak jadi pengacara ni perlu ada kriteria yang tertentu ke? Orang-orang tertentu je ke yang boleh jadi pengacara? Kalau yang baru nak mula ni, macam mana pula? Ish, risaunya! Relax, relax. Bawa bertenang. Nak jadi pengacara ni bukannya kena sampai tahap perfect 10 pun, cumanya adalah lebih baik apabila kita mengetahui dan mengamalkan kriteria untuk menjadi pengacara yang baik mengikut protokol. Jom baca!

 

  1. Suara yang lunak dan baik

Alamak. Ingat pemyanyi je yang memerlukan suara yang lunak. Rupa-rupanya pengacara pun ya juga! Macam mana nak tahu suara kita lunak ataupun tidak? Kalau nak jelaskan melalui penulisan, agak mencabar. Jadi, jom buka aplikasi YouTube dan cari video-video berkenaan pengacara bersuara lunak. Haa, mesti jumpa punya!

Bila dah tonton beberapa video, serba sedikit pastinya anda dapat menilai suara yang jenis bagaimanakah yang dimaksudkan dengan lunak. Berikan perhatian pada lenggok suara, nada tinggi atau rendah, tahap kepantasan berkata-kata dan sebagainya. Nak gilap suara dengan lebih berkesan. anda kenalah berguru dengan mereka yang berpengalaman. Insya-Allah lebih cepat anda dapat belajar dan diperbetulkan mana yang boleh diperbaiki.

 

  1. Fasih dalam bahasa

Pengacara yang baik adalah pengacara yang fasih berbahasa. Bagaimana caranya? Banyakkan membuat latihan dari segi komunikasi. Baca teks dengan jelas. Boleh berlatih bersama guru ataupun pasangan pengacara sekiranya ada.

Anda anda telefon pintar? Majoriti manusia zaman sekarang memiliki telefon pintar. Jadi apa kata keluarkan telefon pintar anda dan buka aplikasi kamera. Pilih tetapan untuk rakaman video. Rakam pertuturan anda dalam tonton semula. Ini dapat membantu anda untuk melihat dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan. Anda juga dapat mendengar intonasi dan nada suara sendiri. Dari situ, anda dapat menilai sama ada anda sudah fasih berbahasa atau masih memerlukan banyak latihan. Kurang arif untuk menilai? Belajar dengan emcee berpengelaman.

 

  1. Jelas dan terang dalam sebutan

Ada orang, bila dia bercakap, suaranya seperti tenggelam timbul. Agak-agaknya mengapa, ya? Kalau nak tahu, inilah yang dimaksudkan dengan ‘menelan suara’. Salah satu tips nak bagi suara kita jelas, adalah dengan membuka mulut dengan luas. Bukan menganga, ya. Haha. Buka mulut sewaktu bertutur kata. Elakkan seperti mengemam mulut kerana ini akan melihatkan anda seolah-olah malas atau tidak berminat untuk bercakap.

Pernah ke pernah, anda melalui satu situasi di mana perkataan tersebut adalah terlalu panjang dan sukar untuk disebut? Cara untuk menangani isu ini adalah dengan mengambil pen dan membahagikan perkataan tersebut kepada beberapa suku kata. Sebagai contoh, Arnold Schwarzenegger. Anda boleh membahagikan dua perkataan tersebut kepada enam suku kata iaitu Ar•nold Schwar•ze•neg•ger. Mudah ke sangat mudah?

 

Anda tak perlu tunggu saat perfect, baru nak mula. Mulakan dari sekarang. Kemudian, perbaiki dari masa ke masa. Tidak perlu bandingkan diri anda yang berada di tahap 1 dengan mereka yang sudah mencapai tahap 50. Kalau kita main game, kita boleh sabar dalam mengharungi cabaran-cabaran yang telah ditentukan. Mengapa tidak kita aplikasikan dalam kehidupan seharian serta dunia pekerjaan kita?

 

Sebenarnya, ini baru 3 tips tau bagi ciri-ciri pengacara yang baik mengikut protokol. Anda rasa perkongsian ini bermanfaat? Klik butang share agar lebih ramai emcee berkaliber dapat dilahirkan.

Pin It on Pinterest

Share This

Kongsi Artikel Ini

Kongsi artikel ini bersama rakan rakan anda !