Asalamualaikum dan salam sejahtera. artikel hari ini kami kongsikan tentang ‘pantun’

Dari zaman dahulu hingga kini, kelangsungan pantun dalam kehidupan masyarakat sudah sebati. Kegunaan pantun pada zaman dahulu lebih acap kali diguna berbanding sekarang, diman dahulu orang menggunakan pantun ini sebagai cara menegur, melawak, mengusik ,bertanya khabar dan seumpama denganya. Boleh dikatakan terdapat pertandingan lawan pantun lagi pada zaman nenek moyang kita. Namun dengan peredaran arus moden yang pesat ini ,kegunaannya tidak sekerap dulu, kemungkinan terdapat pemikiran yang mengatakanya ‘old school’ ataupun ketinggalan zaman. Walau bagaimanapun, warisan yang dahulu harus tetap diperjuangkan.

Pantun secara amnya terdapat 4 kerat dan 2 kerat, yang paling dikenali adalah pantun 4 kerat dimana ianya mempunyai 4 baris dah lebih seronok dan mantap apabila dibacanya, jika dibandingkan dengan 2 kerat. Sesiapa sahaja boleh mereka pantun, bukan orang yang pandai berfalsafah sahaja yang boleh reka pantun , malah orang biasa pun boleh melakukan. Tetapi akhir setiap ayatnya perlu mempunyai bunyi konsonan yang sama dan pantun yang telah direka harus mempunyai makna/nilai nya.

Cara bina teks emcee yang berkesan –> Cara Ringkas Bina Teks Emcee

Kedengaran pantun yang secara efisiennya boleh didapati pada majlis perkhawinan, majlis yang berprotokol secara besar-besaran, ataupun majlis sosial yang melibatkan orang ramai.Pengacara majlis lebih kerap menggunakannya bagi menyedapkan pergerakan majlis tersebut serta ia menjadi daya tarikan juga. Selain daripada karangan pelajar sekolah, pengacara majlis yang acap kali melantunkan pantun ini di sekitar majlis. Kepentingan sesebuah pantun sangat digunapakai oleh pengacara secara formal ataupun spontan. Maka, kali ini kami akan berikan 5 contoh pantun yang anda boleh gunakan ketika mengacarakan majlis. Semoga bermanfaat.

Contoh pantun yang anda boleh gunakan:-

Sayang kumbang mencari makan,

Terbang seiring ditepi kali,

Selamat datang kami ucapkan,

Moga diring restu illahi.

 

Garam ada kicap pun ada,

Sayang lada terlupa bagi,

Pantun ada ucapan ada,

Sayang tiada berdoa lagi.

 

Kalau tuan pikat cemara,

Buatlah bara bakar selasih,

Sudilah tuan jamu selera,

Hidangan mesra pengikat kasih.

 

Sudilah tuan jalan berlapan,

Jalan berlapan dimalam kelam,

Sudilah tuan beri ucapan,

Kata aluan pemanis kalam.

 

 

Bulan purnama ke pekan kuah,

Di tengah hari membeli ragi,

Dirimu umpama nyiur bertuah,

Padat sari harum mewangi.

Semoga perkongsian pantun ini bermanfaat. Jangan lupa ikuti kami di social media Facebook dan Youtube untuk lebih info dan tips tentang pengacaraan Majlis. Terima Kasih

Klik gambar untuk join Telegram Group kami dan dapatkan banyak tips dan perkongsian tentang emcee.

 

Pin It on Pinterest

Share This

Kongsi Artikel Ini

Kongsi artikel ini bersama rakan rakan anda !