Assalamualaikum dan salam sejahtera semua emcee. Apa Khabar? Hari ni kami nak share tentang cara memegang atau mengendalikan MIKROFON. Emcee dan Microfon memang sangat berkait rapat. Betul ke betul? tiada pilihan kan hehe
Kenapa penting untuk ilmu ini? kerana dengan memegang atau mengendalikan mikrofon dengan betul, ia akan mempamerkan KREDIBILITI atau tahap PROFESSIONAL seseorang dalam sesebuah Presentation, Public Speaking atau Pengacaraan Majlis dan sebagainya.
Justeru itu, Emcee semua wajib elakkan 3 Perkara berikut: [TAKE NOTE]
1) Elakkan MENGETUK MIC (utk mic testing).
Didalam mikrofon terdapat instrumen sensitif yang sangat perlu di jaga.
Oleh yang demikian, jika emcee hendak melakukan ‘mic testing’ CUKUP sekadar mengatakan..
“Test mic 123” atau “Hey 123” @ mendecit seperti bunyi CICAK.
SEBABNYA: MENGETUK MIC boleh MENJEJASKAN mic tersebut atau dengan kata lain boleh MEROSAKKAN MIC. Apatah lagi sekiranya mic terjatuh. HARGA mic mencecah RIBUAN ringgit ya Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua.
2) Elakkan daripada merRUNGUT2 KECIL seperti
Haa ni satu masalah juga ni. Mikrofon ni tuan-tuan dan puan-puan sangat sensitif. Kadang tu, cakap-cakap kecil pun boleh di dengari. Sebagai contoh yang biasa emcee tersebut
“ mana pula ni??“…
“adoooyaiii nak tekuncil pulak”
dengan harapan org TAK DENGAR tapi untuk pengetahuan, tahap SENSITIVITI mic berbeza.
Kalau yang SANGAT SENSITIF alamat…KANTOI !!! Boleh Malu kita di buatnya, so jalan paling selamat adalah tidak berkata-kata kecil. Emce harus fokus.
ARTIKEL BERKAITAN : 3 SEBAB KENAPA EMCEE PERLU REFRESH ATAU TAMBAH ILMU
3) Elakkan memegang mikrofon JAUH daripada MULUT semasa bercakap.
Kenapa tak boleh pegang mic terlalu jauh?
Jawapannya ialah ini akan mengakibatkan PENDENGAR TIDAK DAPAT MENDENGAR dengan jelas.
Jarak IDEAL mic dengan mulut adalah antara BIBIR BAWAH dengan DAGU.
Lagi satu, jarak kena konsisten supaya suara anda sebagai emcee jelas dan di dengar dengan baik.
Bila tak konsisten, suara kejap kuat, kejap slow. Ish tak best la macam tu.
Ini ada sedikit Video yang mungkin anda boleh jadikan rujukan.
Video ini dari Pengasas VIP EMCEE ACADEMY sendiri iaitu Tuan Rizal Rashid tentang bagaimana nak memegang mikrofon dengan betul.
Semoga bermanfaat untuk anda juga.
Ikuti kami di:-
Facebook | Youtube | Instagram
Join channel Telegram kami untuk lebih info and Tips tentang Emceeing.