1. Sebagai emcee, ada mentor akan lebih teratur

Mentor adalah penunjuk jalan kearah kebenaran. Apabila kita ada samar-samar kita juga akan mendapat penjelasan secukupnya dari mentor yang berpengalaman. Belajar dan sentiasa belajar. Sehebat mana pun kita setiap kali mendapat amanah atau ditugaskan menjadi emcee, kita perlu buat yang terbaik dan kesilapan adalah pengalaman yang sangat berharga. Hormati senior-senior anda dan orang lama, dapatkan tips dan berkongsi idea dengan mereka. Apa-apa yang baik daripada mereka ambil sebagai bekalan. Improvisekan tugasan sama ada perkhidmatan emcee secara percuma atau  mendapat bayaran dengan belajar dengan insan yang lebih berpengalaman untuk menambah ilmu kearah peningkatan kualiti atau added value yang awesome. Mentor adalah pencerahan bukannya kesilapan.

Pesan ustaz Mohd Al-Amin, dalam majlis ilmu ada 3 perkara yang kita dapat;-

1 – Kita dapat ilmu baru

2 – Idea yang lebih besar

3 – Kita tidak dapat apa-apa 

2. Kepastian daripada guru untuk menghalang kekeliruan.

Guru adalah orang yang selalunya akan mengenal pasti setiap kesilapan yang dilakukan oleh anak muridnya atau pun menambah baik anak muridnya. Sama juga dalam dunia pengacaraan, kita memerlukan guru yang sering menegur dan membetulkan kesilapan teknikal kita sebagai seorang pengacara yang hebat. Dalam bidang pengacaraan majlis, mungkin ada perkara-perkara yang biasa kita dah lakukan, tapi kita  memerlukan kelas atau orang yang lebih arif untuk men ‘iya’ kan ilmu yang kita dah lakukan.

Jadi bergurulah kepalang ajar agar kita menemukan kebenaran yang kita cari untuk membetulkan secara  teknikal dan tepat.



3. Guru akan menjadi added value.

Bayangkan jikalau kita mempunyai ramai guru dalam bidang yang kita ceburi sudah pasti ramai orang yang akan mempercayai dengan perkhidmatan kita. Bayaran yang tinggi selalunya diberikan kerana kita mempunyai pengalaman dan mempunyai nilai yang tinggi atau profil yang baik. Saya yakin ramai pengacara akan mempunyai aura yang tinnggi jika kita memberikan nilai tambah dalam tugasan kita atau pengalaman kita.

Guru juga boleh menjadi added value bahkan ada mentor atau guru dalam bidang pengacaraan majlis memberikan job-job emcee kepada anak murid mereka. Percayalah guru itu sifat nya mulia, maka jika kita ikhlas belajar dan berguru, Insya Allah rezeki juga pasti bertambah-tambah.

Pin It on Pinterest

Share This

Kongsi Artikel Ini

Kongsi artikel ini bersama rakan rakan anda !