Hai semua, berjumpa lagi kita di artikel kali ini. Hari ini kami nak share satu topic yang sangat best. Yelah tugas sebagai emcee majlis ni kita memang kejar job. Bila ada job baru la rasa tenang kita as emcee. Betul ke betul?

So, bila dah dapat job tu, utilise lah sebaiknya supaya mudah kita nak dapat job lagi. Ok kami sarankan anda buat 3 PERKARA dibawah ini untuk pastikan anda mudah dapat job baru emcee.

Bisnes Kad untuk marketing job baru

  1. BUAT BISNES KAD

Bisnes kad ni nampak macam remeh, tapi its part of marketing untuk kita sebagai seorang emcee. Apa yang anda perlu lakukan ialah sediakan Bisnes Kad yang jelas dari segi skop Emcee anda (Contoh: emcee untuk majlis perkahwinan, majlis perasmian, majlis rasmi dan lain-lain). Nama dan no telefon juga hendaklah jelas. Jangan beriya letak 2 3 nombor phone, tapi bila dihubungi susah nak angkat atau jawab call. Tujuan Bisnes Kad ini ialah untuk memudahkan urusan ambil no telefon dengan lebih profesional dan part of marketing la juga kan.

Pedulikan stigma yang mengatakan, bagi bisnes kad ini, orang akan bawa balik dan buang je. Tak tengok atau tak call pun. Kalau anda beranggapan begitu maka anda perlu berubah. Percayalah jika anda sampaikan  Bisnes Kad itu kepada orang yang betul, insya Allah Job akan berterusan.

Satu nasihat untuk anda, ini diceritakan sendiri oleh bekas peserta Bengkel EmceePro kami. Guru beliau mengajar, setiap kali kita dapat bisnes kad, kita bawa pulang dan sampai di rumah, kita hubungi setiap bisnes kad yang kita dapat. Just to say hai dan perkenal diri anda, contoh seperti ini:-

‘..Hai Assalamualaikum, Saya bercakap dengan Tuan Fadhli ya? Saya Emcee Zaki yang tadi Tuan berikan bisnes kad. Ini Nombor saya ya. Selamat berkenalan..’

as simple as that untuk dapatkan job baru tau.

 

2. BUAT ROLL-UP BUNTING

untuk yang ini, ramai emcee jarang buat kerana kesesuaian program. Tetapi kalau majlis-majlis perkahwinan atau majlis tidak rasmi, penggunaan banner atau roll-up bunting sangat di galakkan. Yelah kalau tetamu yang hadir itu sampai beribu orang, takkan kita nak bagi bisnes kad plak. banyak tu nak kena print nanti. So cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan roll-up banting.

Apa yang perlu ditulis? Di dalam roll-up banting tersebut, anda boleh letak nama pentas, tagline dan servis yang ditawarkan seperti contoh dalam gambar dibawah:-

Emcee Saufi Roll-up Banting

Emcee Saufi, salah seorang Alumni Bengkel Emcee Pro Anjuran VIP EMCEE ACADEMY

Lawa kan roll-up banting emcee saufi? hehe ini cuma lah contoh, anda boleh letakkan mengikut kesesuaian anda. Yang paling penting adalah no Telefon yang jelas dan juga nama pentas anda. Insya Allah sedikit sebanyak akan membantu mem’promote’ diri anda.

3. BERGAUL, BERBORAK DENGAN AUDIENS/TUAN RUMAH

Yelah, selepas habis job emcee, biasa emcee akan kemas peralatan mereka dan pulang. Selepas ini anda mungkin boleh ubah kepada berbual, berborak dengan tuan rumah atau audiens. Mungkin anda boleh berborak dengan sanak saudara dan bertanya mengenai emcee anda, seronok atau terhibur dengan pengacaraan anda. ini sedikit sebanyak memberi feedback untuk improve diri anda sebagai emcee di next job selain dapat berkenalan dan meluaskan lagi networking.

Anda juga boleh tawarkan promosi istimewa khas untuk saudara mara pegantin sebagai contoh nya jika anda emcee majlis perkahwinan. Oleh itu, sangat penting untuk anda duduk dan berbual-bual , bertegur sapa untuk dapatkan job baru. Yes emcee memerlukan fokus ketika mengacarakan majlis , akan tetapi selepas habis program, mungkin anda boleh mingle around dan berbual dengan orang sekeliling, inysa Allah jika anda rezeki anda, mesti ada yang bertanya tentang khidmat emcee anda dan dapat job baru.

 

ok semoga bermanfaat untuk perkongsian kali ini. 3 Tips ini sangat anda perlu lakukan ketika atau sebaik habis menjadi emcee. Kami di VIP Emcee Academy mendoakan agar anda beroleh kesejahteraan dan terus dilampahi job.

p/s : bulan 11 dan 12 ni lubuk untuk emcee hehe dah ada yang merisik ke?

p/s/s : yang masih nervous jadi emcee tu, elok sangat baca tips yang kami berikan ini ==> ANDA NERVOUS ATAS PENTAS? INI SOLUSINYA

Semoga membantu.

Ikuti kami di:-

Facebook | Youtube | Instagram 

Join channel Telegram kami untuk lebih info and Tips tentang Emceeing.

telegram channel

Pin It on Pinterest

Share This

Kongsi Artikel Ini

Kongsi artikel ini bersama rakan rakan anda !