Assalamualaikum dan salam sejahtera semua emcee !
Pengerusi majlis atau pengacara majlis atau emcee memberikan maksud yang sama. Sekiranya anda diberitahu awal untuk menjadi pengerusi majlis, dapatlah anda membuat persiapan serapi mungkin. Tetapi seandainya dipilih sebagai bidan terjun, maka sudah pasti memberikan tekanan yang tinggi pada diri.
Susah sangat ke nak jadi pengerusi majlis ni? Sebenarnya tak pun. Kalau nak diikutkan, bila tengok orang lain, Nampak mudah je, nampak smooth je. Follow the flow bak kata orang putih. Tapi bila kena kat giliran diri sendiri, baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Gulp. Jom baca tips asas menjadi pengerusi majlis supaya anda sentiasa bersedia.
-
Hadam tentatif program
Nak tak nak, perjalanan program perlu anda ingati supaya keadaan lebih terkawal dan tersusun. Serius. Kalau anda tak larat nak ingat semua, print je atas kertas. Baca dan semak berulang-ulang kali. Kalau tak, nanti keadaan akan menjadi kelam-kabut. Memang bagus nak latih otak kita untuk menghafal, tapi biarlah kena dengan situasi. Sebab ini bukan exam, tapi event management yang memerlukan persediaan rapi.
Sebaiknya, print tentatif program sekurang-kurangnya dua set. Cepat-cepat masukkan dalam kereta atau beg tangan yang akan anda guna sewaktu majlis nanti. Simpan semua nombor person-in-charge dalam telefon bimbit anda. Sekiranya ada apa-apa urusan berkenaan majlis, anda boleh terus menghubungi mereka.
-
Protokol majlis
Sila ambil berat tentang protokol majlis, apatah lagi sekiranya ia merupakan majlis formal. Protokol menjadi penilaian utama apabila mengendalikan sesebuah majlis. Sila pastikan nama dan gelaran bagi dif-dif kehormat (VIP) adalah tepat. Hal ini demikian kerana anda pastinya tidak mahu berasa malu kerana tersalah sebut nama dan gelaran mereka.
Di samping itu, sila pastikan juga mengenai kod pakaian bagi majlis yang bakal dikendalikan. Ada yang formal, semi-formal dan informal. Jika ada tambahan tema seperti warna tertentu, pastikan anda bersedia dari awal. Terpulang sama ada ingin membeli yang baru atau meminjam daripada kawan. Namun, kedua-dua cara pun memerlukan masa untuk membuat persiapan.
Baca Juga : Fokus 4 Perkara ini ketika menjadi emcee
- Buat teks / skrip emcee
Melainkan anda memang dilahirkan berbakat dalam mengacara sejak lahir, maka tidak perlulah anda membuat skrip teks emcee. Haha. Gurau. Namun, kita semua tahu dan sedar bahawa tiada manusia yang sempurna. Lakukanlah persiapan dengan serapi mungkin. Belajar daripada mereka yang berpengalaman. Buat dan lengkapkan skrip emcee anda supaya penyampaian tutur kata anda lebih teratur dan tersusun.
Macam mana nak buat? Buat je la. Haha. Anda perlulah berjumpa dengan penganjur majlis untuk mendapatkan tentatif dan sebolehnya kertas kerja program. Hal ini bertujuan untuk memastikan dengan tepat siapakah yang akan terlibat dalam majlis tersebut. Secara asasnya, skrip emcee terdiri daripada pendahuluan, isi dan penutup. Macam tak biasa buat karangan masa sekolah dulu. Haha. Praktis je dulu. Lama-kelamaan, kita akan makin mahir.
Baiklah, setakat itu sahaja tips asas menjadi pengerusi majlis. Ingat, pengerusi majlis yang baik adalah pengerusi majlis yang sentiasa bersedia. Seandainya, minta dijauhkan, sesuatu yang tidak diingini berlaku sewaktu hari kejadian, tetaplah tenang dan cuba untuk tidak panik. Pastikan anda gosok pakaian sehari sebelum, tidur awal, bangun awal dan bertolak awal ke tempat majlis. Insya-Allah, semuanya akan baik-baik sahaja.
Semoga tips-tips yang dikongsikan bermanfaat buat anda dan para emcee dan pengacara majlis yang lain di luar sana. Seperti biasa, benda yang baik harus dikongsi. Sila share artikel ini dan tag rakan-rakan emcee anda agar mereka pun mendapat manfaatnya. Terima kasih!
Ikuti kami di Telegram Channel untuk lebih banyak tips dan perkongsian tentang emcee, klik —> Telegram Channel