Hi salam ceria. Hari ini kami di VIP Emcee Academy akan kongsikan perkara penting yang harus sebagai seorang emcee professional fokuskan ketika menjadi emcee tau pengacara sesuatu majlis. Dalam apa jua perkara pun, FOKUS sangat penting supaya perkara-perkara penting dan ‘crucial’ tidak terlepas.

Semoga ianya memberi manfaat kepada anda semua. Selamat membaca.

1 – Fokus pada teks emcee

Sebagai seorang emcee, focus kepada ‘teks emcee’ adalah sangat penting. Teks emcee adalah ‘talian hayat’ atau tools yang sangat digunakan oleh seorang emcee. Profesional mana sekalipun, teks emcee perlu ada dan disediakan supaya anda dilihat professional dan kesilapan dapat di minimize kan.

Dalam teks emcee, focus kepada ‘Salutasi’ Mengapa ia penting? sebab ia akan mengambarkan kredibiliti anda sebagai seorang pengacara majlis lebih lebih lagi ia melibatkan orang kenamaan dalam majlis rasmi. Jangan sampai tersalah sebut nama atau gelaran VIP itu.

Tips yang paling penting mengenai teks emcee ni ialah, pastikan teks emcee anda senang dibaca regardless of jenis font, saiz dan sebagainya kerana yang paling penting ia sesuai & selesa dengan anda. Macam mana nak sesuai? Kena la selalu membuat latihan.

 

2 – Fokus pada tetamu & vvip

Senagai seorang emcee yang baik, focus juga harus diberikan kepada tetamu atau vvip. Pandangan mata itu sangat penting. Sebagai seorang emcee anda mestilah sentiada peka dengan keadaan sekeliling terutamanya tetamu & vvip. Ia sangat penting untuk anda ‘sync’ dengan teks dan suasana.

Sebagai contoh, ketika menyebut nama vvip ketika sesi ‘salutasi’, anda boleh melihat ke muka vvip dan senyum sebaik sahaja menyebut nama vvip tersebut. Ini akan memperlihatkan bahawa anda seorang emcee yang serius dan fokus yang bukan hanya membaca teks emcee, tapi menghayati dan memberi fokus juga kepada vvip.

3 – Fokus dan alert dengan masa

Sebagai seorang emcee masa sangat penting untuk disesuaikan dengan keadaan semasa majlis.  Dalam majlis rasmi acara kemuncak kebiasaannya adalah ucapan perasmian dan gimik dan pastinya fokus tertumpu pada  acara tersebut ketika itu.

Maka jika anda tidak mengawal masa, atucara majlis pasti akan berterabur atau terlari dari plan asal. Ia boleh mengangu banyak pihak. Antara lain, jika menjadi emcee di Majlis perkahwinan, masa sangat crucial kerana setiap flow atau aktiviti perlu seiring dan berjalan dengan smooth. So peranan emcee untuk focus pada masa juga adalah satu benda yang sangat penting.

Bayangkan, jika plan asal pengantin tiba ialah pada jam 12.30 tengahari, tetapi pengantin belum tiba. Apa tidakan anda sebagai seorang emcee? So disini perlunya emcee fokus juga kepada masa supaya jadual masa dan tentatif program sentiasa diikuti.

Baca artikel bermanfaat ini: Cara Ringkas & Mudah buat Teks Emcee/Pengacara

4 – Fokus pada PIC untuk emcee

Ini tak ramai yang buat. Kami sangat sarankan anda mempunyai PIC (Person In Charge) untuk emcee di sebarang majlis apa sekalipun. Ini adalah sangat penting untuk membantu anda supaya kekal fokus dalam majlis dan sebarang maklumat yang diterima adalah tepat dan jelas  Mengapa PIC penting untuk emcee?

Ia penting supaya emcee tidak ‘kelam kabut‘ dan yang paling penting PIC akan memberikan ‘signal’ kepada emcee berdasarkan aturcara. Senang kata PIC ni ‘button’ anda.

Jika tiada PIC? Masalah utama nanti ialah lambakan info dan maklumat yang hanya akan mengelirukan dan menyusahkan emcee.

Sebagai contoh, di majlis perkahwinan, pakcik pengantin minta umumkan tetamu yang hadir sebagai contoh orang kenamaan sedangkan ketika itu flow yang berbeza. Kemudian datang pula makcik pengantin minta umumkan sekian sekian. So emcee akan terkeliru dan menerima lambakan maklumat.

So dengan adanya PIC, semua maklumat ini tadi diserahkan kepada PIC dan PIC yang akan susun dan maklumkan kepada emcee so tidak lah fokus emcee kepada majlis terganggu. Anda Faham?

 

Jika faham, jangan lupa tinggalkan komen diruangan dibawa ya. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda. Dan kongsikan dengan yang lain juga suapaya yang lain dapat manfaatnya juga.

Ikuti kami di

Facebook | Youtube | Instagram 

Join channel Telegram kami untuk lebih info and Tips tentang Emceeing.

telegram channel

Pin It on Pinterest

Share This

Kongsi Artikel Ini

Kongsi artikel ini bersama rakan rakan anda !