1. BANYAK MAJLIS DAN PROGRAM

Dalam kehidupan sebagai seorang pelajar universiti,saya yakin dan percaya banyak peluang
yang terhidang untuk menjadi pengacara dalam pelbagai majlis dan program seperti penganjuran
yang dianjurkan oleh kolej, persatuan mahupun kelab serta institusi tertinggi di IPTA mahupun
IPTS. Banyak pengalaman yang kita dapat belajar sebagai seorang pelajar yang dahagakan
pengalaman dan ilmu. Di Universiti juga la masa untuk kita kutip ilmu-ilmu berharga secara
percuma melalui program-program di universiti.

2. KESILAPAN ADALAH PROSES PEMBELAJARAN

Saya yakin dan percaya dalam setiap tindakan pertama yang kita lakukan pasti akan berlakunya
kesilapan. Kita akan kerap melakukan kesilapan dalam proses kita berusaha sedaya upaya
memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa. Dari kesilapan tu, kita akan dapat belajar banyak
perkara lantas menjadikan kita semakin rasional dalam membuat keputusan, cekap dalam mengambil
tindakan, menjadikan kita berfikir jauh ke depan. Orang yang mahu belajar dari kesilapan,
dapat tahu lebih banyak daripada orang lain dalam bidang yang sama. Kesilapan menjadikan kita
lebih berpengalaman walaupun kesilapan tu pahit rasanya, tak semanis kejayaan. Di Universiti
lah medan untuk kita mengasah bakat. at least jika berlaku kesilapan pun ianya satu proses
berguna. Next time kita boleh elakkan supaya ianya tidak berlaku lagi. untungkan?

3. MEMBINA KREDIBILITI YANG 'AWESOME'

Dalam dunia pengacaraan kita memerlukan satu kredibiliti untuk membentuk aura-aura positif
dalam diri bagi meningkatkan kualiti kehidupan sebagai seorang pelajar yang hebat.
Satu nasihat saya untuk bina kredibiliti carilah mentor untuk membawa anda ke jalan
kebenaran terutamanya dalam dunia pengacaraan. Pihak universiti selalu membawa figura-figura
hebat untuk berkongsi kisah kejayaan mahupun kisah inspirasi, Percuma pula tu. untungnya jadi
belajar universiti ni.


4. MEMBINA PROFIL DIRI SEBAGAI EMCEE PROFESIONAL

Bayangkan jikalau anda adalah emcee profesional di universiti anda, semua program anda yang
tapau. Tak ke ramai orang akan kenal anda? Pergi ke kafe, perpustakaan, asrama semuanya ingin
mengenali anda, nak selfie la, semua sebab anda banyak menyumbang kepada inititusi.
Alhamdulillah rezeki itu pasti milik anda bila anda membina follower dan bernetworking.
Its part of marketing juga tau. hehe

5. ADDED VALUE SEBAGAI SEORANG PELAJAR YANG BERKUALITI

Sumbangan yang banyak diberikan kepada pihak universiti akan meningkatkan added value kita
untuk terus cemerlang di masa akan datang terutama selepas habis belajar nanti. Terus berusaha
untuk tingkatkan nilai diri bagi mengecapi kejayaan pada masa hadapan. So Universiti tempat
paling sesuai untuk belajar melalui pengalaman-pengalaman tersebut.

Pin It on Pinterest

Share This

Kongsi Artikel Ini

Kongsi artikel ini bersama rakan rakan anda !