4 PERKARA ELAK NERVOUS / GUGUP KETIKA MENGACARAKAN MAJLIS.

1. Teknik pernafasan yang betul.

Dalam menghdapi masalah nervous dan gugup ini, perkara tentang PERNAFASAN adalah sangat penting. Anda boleh tarik nafas melalui hidung dengan perlahan-lahan, bagaikan anda tarik benang – dalam bil 10x kiraan atau 10 saat(semasa tarik perut anda akan rasa penuh). Kedua, tahan angin yang masuk – 10x kiraan. Ketiga, hembus perlahan-lahan melalui mulut – kiraan 10x sambil perut anda mengempis

ULANG LANGKAH 1, 2 DAN 3 DI ATAS 5X sebagai permulaan. Setelah mahir ulang 10X langkah 1,2,3 di atas.

Lakukan 3 hingga 4 kali seminggu. Latihan begini akan menguatkan minda anda, motivasi dan kesihatan fizikal dan mental. Paling penting fikiran anda kena positif dan jangan latih diri anda fikiran negatif. Semasa latihan anggaplah diri anda ingin berjaya dalam hidup, pasrah dan aku dijadikan Allah dengan sebaik-baik kejadian. Aku adalah hamba dan khalifah Allah. Positif itu penting

2. Berfikir seakan-akan kita berjaya

Dalam proses pembelajaran  atau melaksanakan sesuatu perkara saya yakin ramai yang nak laksanakannya dengan penuh kejayaan. Dalam konteks pengacaraan,ramai orang takut dan risau tak dapat laksanakan tugasan dengan sempurna. Namun, jangan risau sebab disebalik sesuatu ada sesuatu, redha dan sangka baik sahajalah jawapannya kerana kita kena belajar dari kesilapan. Saya yakin dan percaya ramai orang pernah dengar ungkapan percaya sebelum berjaya bukan? Jadi apa tunggu lagi jangan peduli apa orang kata percayalah kepada diri sendiri sebab yang menjadi pengacara bukan orang lain namun adalah kita. Percayalah yang buat adalah kita, yang rasa juga kita jadi percayalah sebab kejayaan  pasti milik kita.

3. Belajar dan terus belajarteruskan-belajar-elak-gugup

Proses untuk menjadi hebat dan bertambah baik adalah dengan belajar dan terus belajar untuk menjadi pengacara yang hebat. Solusinya adalah dengan berguru sebab ianya akan mempercepat akan proses kita mengecapi dunia kejayaan yang hakiki. Pembelajaran yang kerap akan membantu kita untuk kekal konfiden dan akan membantu kita kurangkan rasa nervous dan gugup. Dalam hidup berguru kita kena yakin bahawa guru adalah penunjuk jalan kepada kebenaran. Jadi jangan sia siakan masa anda dengan mencari kesesatan. Dalam dunia pengacaraan carilah guru yang sanggup mengajar anda untuk menjadi insan yang hebat. Insya Allah anda akan menjadi pakar dan berani. Biar berani kerana ilmu di dada.

 

 

4. Senyum seikhlasnya

The power of smile adalah satu aura positif yang harus diberikan kepada semua orang. Yakin dan percayalah magnet kejayaan dapat ditarik dengan senyuman yang paling ikhlas. Senjata paling bermakna buat pengacara adalah senyuman.

Cuba berikan senyuman yang paling ikhlas, moga-moga hilang nervous ketika mengacarakan majlis.

Tips untuk senyum ialah akhiri perkataan yang di akhirnya mempunyai huruf ‘ I ‘ .
Contoh :
– Saudara Saudariii…(senyum) -Terima kasih kerana sudi meluangkan masa ke majlis iniii…(senyum)  -Tuan – tuan dan puan – puan yang dihormatii / dikasihiii…(senyum).

 

Semoga bermanfaat semua 🙂 Jangan lupa komen di bawah ini.

Pin It on Pinterest

Share This

Kongsi Artikel Ini

Kongsi artikel ini bersama rakan rakan anda !